Tuesday 5 March 2013

SEJARAH SMK BUKIT BUNGA TANAH MERAH KELANTAN

Salam sejahtera,
      Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Bunga memulakan sesi pengajian pada bulan Jun 2001 dengan menumpang di SMK Air Lanas Jeli Kelantan. Sekolah ini adalah untuk mengimbangi perkembangan Bandar Bukit Bunga.Pada Tanggal 20 oktober 2001, barulah smk bunga mula beroperasi di bangunanya di Kampung Bukit Bunga Tanah Merah Kelantan.Pada permulaannya, jumlah guru adalah seramai 15 orang termasuk pengetua, pk pentadbiran, pk HEM dan pk ko-kurikulum. Kakitangan bukan guru adalah seramai 4 orang. Kemudian bilangan guru semakin bertambah sehingga 27 orang termasuk kaunselor. Keramian pelajar pula pada awalnya seramai 148 orang Bermula pada awal persekolahan 2002, jumlah pelajar bertambah kepada 502 orang, iaitu dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.Semasa menumpang di SMK air Lanas banyak kekurangan yang dihadapi, terutamanya kelengkapan dan kemudahan untuk pelajar-pelajar seperti makmal dan pusat sumber. Jesteru, warga SMK Bukit Bunga mula mengorak langkah untuk mengubah tahap pendidikan pelajar-pelajar yang berada pada persekitaran yang kurang kemudahannya sama ada kelengkapan mahu pun prasarana. Akhirnya ia dapat di baiki  mengikut arus perubahan global.
        Sehingga kini SMK Bukit Bunga telah mengorak langkah seiring dengan sekolah-sekolah yang terletak disekitarnya.SMK Bukit Bunga juga telah mempunyai pelbagai kemudahan kepada para pelajar dan guru, khususnya dalam melaksanakan proses pengajaran dan pembelajaran. Antara kemudahan yang terdapat di SMK Bukit Bunga ialah makmal komputer, bilik akses kendiri, makmal bahasa, bilik tayangan(UTP), bilik muzik, surau, dewan besar dan sebagainya. Sehingga kini, guru-guru SMK Bukit Bunga berjumlah 45 orang, manakala kakitangan bukan guru seramai 9 orang serta 6 orang pekerja swasta termasuk 2 orang pengawal keselamatan.Pada masa jumlah pelajar mencecah 550 orang.















1 comment:

  1. Izinkan saya save dan guna gambar untuk kerja kursus sejarah 😊

    ReplyDelete