Thursday 11 April 2013

ANUGERAH KECEMERLANGAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012 DI SBPI GOMBAK SELANGOR PADA 9 APRIL 2013


 

   Anugerah Kecemerlangan Sijil Malaysia(SPM) adalah pengiktirafan dan penghargaan daripada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kepada guru dan pentadbir sekolah yang telah mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan SPM 2012.

Anugerah Kecemerlangan Sijil Pelajaran Malaysia 2012 diberikan kepada 40 buah sekolah dan enam (6) PPD yang telah mencapai kecemerlangan dalam kriteria yang ditetapkan.

Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada semua penerima anugerah, semoga kejayaan ini berterusan sebagai usaha melahirkan insan yang menjadi kebanggan negara.

KRITERIA ANUGERAH KECEMERLANGAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA 2012


Kategori 1 : Sekolah cmerlang yang berjaya mencapai gred purata sekolah (GPS) kurang daripada 1.50.

Kategori 2: Sekolah cemerlang yang berjaya menghasilkan sekurang-kurangnya 3% daripada calon dalam    mencapai gred A+ semua mata pelajaran.

Kategri 3: Sekolah yang menunjukkan peningkatan GPS melebihi 10% dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012.
-Berjaya menunjukkan GPS sekurang-kurangnya 10% daripada GPS SPM 2011.
-Bilangan calon melebihi 100 orang
-Menduduki tangga 500 terbawah bagi SPM 2011.

Kategori 4: Pejabat pelajaran Daerah yang berjaya membuat lonjakan saujana dalam prestasi peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia 2012.


SMK Bukit Bunga adalah penerima anugerah kecemerlangan SPM 2012 dalam kategori 3, dan berada dalam kedudukan pertama daripada 19 buah sekolah di seluruh Malaysia sebagaimana yang tersenarai di bawah ini:


1. SMK BUKIT BUNGA, TANAH MERAH KELANTAN.
2.SMK TENOM, TENOM SABAH
3.SM AGAMA DARUSSAADAH, ALOR SETAR KEDAH
4.SMK KUDAT ,KUDAT SABAH
5.SMK UNDANG ,JELEBU NEGERI SEMBILAN
6.SMK CHENEH BARU, KEMAMAN TERENGGANU
7.SMK MALIM NAWAR, PERAK
8.SMK BELIMBING, TANAH MERAH KELANTAN
9.SMK MEROTAI BESAR, TAWAU SABAH
10.SMK KUALA KETIL, KUALA KETIL KEDAH
11.SMK SRI INTAN .KLUANG JOHOR
12.SMK ST GABRIEL, WP KUALA LUMPUR
13.SMK SERI SEMANTAN, MENTAKAB PAHANG
14.SMK SERI SERATING MARANG TERENGGANU
15.SMK SERI PAKA DUNGUN TERENGGANU
16.SMK KLIAN PAUH TAIPING PERAK
17.SMK TANJONG SEPAT, KUALA LANGAT SELANGOR
18.SMK TAMAN PERWIRA, SEBERANG TENGAH PULAU PINANG
19.SMK PADANG BERAMPAH, SIPITANG SABAH


Majlis anugerah kecemerlangan telah di sempurnakan oleh YAB TAN SRI DATO' HAJI MUHYIDDIN B MOHD YASSIN, Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 9 April 2013 di Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak Kuala Lumpur.Seramai 40 orang Pengetua dan 3 orang guru pengiring setiap sekolah seluruh Malaysia hadir ke majlis tersebut.

Rakaman peristiwa semasa majlis anugerah adalah seperti paparan di bawah:

Pengetua SMK Bukit Bunga En. Kamarudin Ramli menerima trofi dan sijil penghargaan daripada YAB Tan Sri Dato' Hj Muhyiddin  Yassin, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran Malaysia.
                  

Pengetua SMK Bukit Bunga ditemuramah oleh edu.web.tv Kementerian Pelajaran Malaysia


Mendengar ucapan Menteri Pelajaran Malaysia

Pengetua SMK Bukit Bunga bersama guru pengiring dalam majlis anugerah SPM 2012

Pengetua SMK Bukit Bunga bergambar bersama YAB Tan Sri Dato' Muhyiddin Yassin


Pengetua SMK Bukit Bunga bergambar bersama rakan sejawatan selepas majlis anugerah


Guru pengiring Majlis Anugerah SPM 2012

Persiapan sebelum pergambaran

Bergambar sebelum majlis anugerah


Keratan akhbar Utusan Malaysia, 10.04.2013, muka surat 2-Pengetua SMK Bukit Bunga bergambar bersama rakan sejawatan
Penerangan ringkas bagi program yang dijalankan sehingga SMK Bukit Bunga  memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2012;
1. Penetapan target pelajar
2. Pemantapan Headcount dan KPI guru
3. Kelas Tambahan
4. Seminar Teknik Menjawab
5. Perkampungan Akademik
6. Motivasi kecemerlangan Akademik dan Sahsiah Pelajar
7. Program Motivasi Keibubapaan
8. Pemaufakatan Akademik Bersama Maktab Rendah Sains Mara
9. Sentuhan Pentadbir
10.Hadiah Kecemerlangan




Friday 22 March 2013

KEPUTUSAN SPM 2012-LOMPATAN SAUJANA

21 Mac 2013 merupakan satu detik bersejarah bagi SMK Bukit bunga, kerana mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2012.Selama 13 tahun sekolah ini dibuka, belum pernah mendapat keputusan yang sebegini rupa. Keputusan SPM 2012 merupakan lompatan saujana untuk menjadikan sekolah cemerlang pada tahun 2015.Usaha gigih semua pihak telah menempatkan sekolah ini berada di tangga teratas dalam  Daerah Tanah Merah dengan Gred Purata Pekolah(GPS) 5.05.Sehubungan itu, antara pelajar cemerlang adalah seperti berikut:

1.Zulfikar Mukhlis Zukiman-Aliran Sains-8A
2.Nursalwana Mahassan-Aliran Sains-6A
3.Nurul Ain Solehah Ahmad Nazari-Aliran Sastera-6A
4.Nurul Atikah Che Abu Saman-Aliran Sastera-6A
5.Nurul Nasuha Yusoff-Aliran Sains-6A
6.Nursyazwani Che Ismail-Aliran Sastera-6A
7.NurAziera Che Abd Ghani-Aliran Sastera-6A
8.Muhd Firdaus Awang-Aliran Sastera-5A
9.Salmah Saman-Aliran Sastera-5A

Di sini dipaparkan analisis pencapaian mengikut subjek bagi calon SPM 2012:

NO.PUSAT:DD025
NAMA SEKOLAH: SMK BUKIT BUNGA TANAH MERAH


SUBJEK
BIL.
AMBIL


A+
A
A-
B+
B
C+
C
D
E
G
%
GPMP
TH
BM(1103)
105
2
5
14
19
10
7
6
20
11
11
89.5
5.03
1
BI(1119)
105
1
0
2
1
6
7
5
26
18
39
62.8
7.36
1
PAI(1223)
104
1
5
25
20
11
10
12
4
5
11
89.4
4.31
2
SEJ(1249)
105
2
1
5
17
10
13
8
11
15
23
70.0
5.90
1
MAT(1449)
105
17
12
4
10
13
6
5
11
19
8
92.3
4.41
1
SNS(1511)
74
4
5
14
13
6
9
7
11
2
3
95.9
4.09
1
GEO(2280)
32
7
11
6
4
3
0
1
0
0
0
100
1.66
1
PSV(2611)
54
0
0
2
15
16
17
3
1
0
0
100
4.13
7
MTT(3472)
31
0
0
0
0
4
3
7
12
3
2
93.5
6.42
0
PRD(2755)
31
0
2
1
1
6
7
5
8
1
0
100
5.16
1
ERT(3758)
19
0
4
5
8
1
1
0
0
0
0
100
2.47
0
LKJ(3759)
30
0
0
0
0
4
5
6
9
3
3
90
6.37
0
FIZ(4531)
31
0
0
0
0
3
11
6
9
1
1
96.7
5.90
0
KIM(4541)
31
0
0
0
2
0
4
7
17
1
0
100
6.29
0
BIO(4551)
31
0
0
2
0
15
12
0
1
1
0
100
4.48
0
TSW(5226)
27
0
2
3
3
1
0
7
1
2
8
70.3
5.85
0
MPV(7105)
24
0
4
4
13
3
0
0
0
0
0
100
2.63
0
JUMLAH
939
34
51
87
126
112
112
85
141
82
109
-
5.05
16
BIL X GRED

0
51
174
378
448
560
510
987
656
981
-
-
-
BIL CALON

105

GRED PURATA SEKOLAH

5.05
Berdasar analisis tersebut, dengan ini SMK Bukit Bunga berada di kedudukan kedua selepas SM Dato Mahmud Paduka Raja(1).

Beberapa peristiwa sempat dirakamkan pada hari pengumuman keputusan SPM 2012.