Monday 18 March 2013

MESYUARAT AGUNG PIBG SMK BUKIT BUNGA KALI KE-11





      Mesyuarat Agung PIBG telah diadakan pada 18 Mac 2013, jam 2.00 petang di Dewan Persada Gemilang SMK Bukit Bunga. Dif-dif jemputan yang turut hadir dalam majlis tersebut ialah  YB Mohd Adhan Kechik dan Pegawai Pelajaran Daerah Tanah Merah, En.Che Abdullah Mohd. Seramai 400 orang para ibubapa telah hadir ke mesyuarat ini. Majlis ini disusuli dengan ceramah motivasi oleh Kaunselor Organisasi PPD En. Ab. Rasab Mamat, ceramah jenayah oleh Ketua Balai Polis Bukit Bunga ,SM Mohd Ghani Awang, ucapan YDP PIBG En. Mohd Hanapiah Jaafar , ucapan Pengetua, En. Kamarudin Ramli dan ucapan perasmian oleh YB Mohd Adhan Kechik(ADUN). Di samping itu YB Mohd Adhan turut menyampaikan hadiah kepada para pelajar yang cemerlang dalam peperiksaan PMR 2012.





LAPORAN KHAS PENGETUA SMK BUKIT BUNGA.



1. Latar Belakang .
         
          Sekolah ini diasaskan pada tahun 2001, bermula dengan menumpang di SMK Ayer Lanas pada bulan Julai 2001 dan berpindah ke lokasi sekarang pada bulan  Oktober 2001. Sejak dari tarikh penubuhannya, sekolah ini dikenali dengan nama SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN BUKIT BUNGA.

2. Jumlah Pelajar .

Sekolah saluran :
a)    Sek Keb Nik Daud Jakar
b)    Sek Keb Gual Jedok
Enrolmen pelajar pada Januari 2013 :

Tingkatan
Bilangan Kelas
Melayu
Jumlah Besar
L
P
1
4 ( 1A – 1D )
62
72
134
2
4 ( 2A – 2 D )
60
52
112
3
3 ( 3A – 3 D )
60
60
120
4
4 (4Sn, 4A, 4B & 4Mpv)
59
48
107
5
4 (5Sn, 5A, 5B & 5Mpv)
49
60
109
Jumlah
20
290
292
582

Perkembangan pelajar tahun 2010 – 2013

Tahun
Jumlah Pelajar
Bilangan Kelas
2010
549
19
2011
552
19
2012
545
19
2013
582
20


3. Kegunaan Bilik :

Kegunaan
Bilangan Bilik
Bilik Darjah
21
Bilik Pengetua
1
Bilik Penolong Kanan & Ketua P/Tadbir
4
Pejabat Pentadbiran
1
Bilik Guru
1
Bilik Wawasan
1
Bilik Kaunseling
1
Bilik Alat Pandang Dengar
1
Bilik Akses
1
Bilik Data
1
Bilik SPBT
1
Makmal Sains
6
Bilik Pengawas
1
Dewan Kecil
1
Dewan (Persada Gemilang)
1
Bengkel KH
3
Bilik ERT
1
Pusat Sumber
1
Kantin
1
Tandas
6
Bilik Muzik
1
Makmal Komputer
1
Bilik Peperiksaan
1
Mussalla
1
Stor Sukan
2
Kedai Koperasi
1

4. Kakitangan Sekolah :

Guru
Staf Sokongan
Kategori
Jantina
Bilangan
Jawatan
Bilangan

Siswazah
L
27
Ketua Pembantu Tadbir
1
P
18
Pembantu Tadbir
2

Bukan Siswazah
L
0
Pembantu Makmal
3
P
1
Juruteknik Komputer
1

Pembantu Am Rendah
2
Jaga  Swasta
3
Pekerja Swasta
7
Jumlah Besar

46
Jumlah Besar
19

5. Laporan Akademik : 

a)Penilaian Menengah Rendah (PMR)
Bilangan calon mengikut pangkat dan peratus dari tahun 2008 hingga 2012
Tahun
8A
7A
6A
5A
4A
3A
2A
1A
Jumlah Calon
Jumlah Lulus
%
Lulus
2008
1
1
4
3
3
7
13
19
135
62
45.90
2009
1
3
4
7
10
7
13
15
114
71
62.30
2010
2
3
1
4
5
8
17
18
113
78
69.03
2011
6
12
4
6
3
3
5
15
117
76
64.95
2012
2
2
6
0
5
8
12
14
91
51
56.67

b) Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)
Bilangan calon mengikut pangkat dan peratus dari tahun 2007 hingga 2011
Tahun
>10
9A
8A
7A
6A
5A
4A
3A
2A
1A
Jumlah Calon
Jumlah Lulus
% Lulus
2007
1
0
0
1
1
0
3
8
12
5
121
102
91.89
2008
1
0
0
0
1
2
2
10
5
12
109
96
88.07
2009
1
0
0
1
0
5
3
5
3
20
120
104
88.33
2010
0
0
0
1
1
2
4
9
10
12
107
102
95.33
2011
0
1
1
0
1
6
-
-
-
-
105
97
92.38

c) Program Peningkatan Akademik :
Dengan kerjasama PIBG, telah mengadakan program sokongan berikut :
i.                 Kelas Tambahan Berfokus
ii.                Bengkel Matapelajaran
iii.               Seminar Teknik Belajar Berkesan
iv.              Seminar Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan
v.                Seminar/Motivasi untuk Pelajar
vi.              Rundingcara Ibu Bapa dan Seminar Keibubapaan
vii.             Tuntun 8A (PMR) dan Lonjakkan IPT (SPM)
viii.            Solat Hajat


6. Disiplin Pelajar :

Disiplin pelajar adalah terkawal, walaubagaimanapun kes-kes berikut menunjukkan peratusan yang tinggi dan pihak sekolah memohon kerjasama ibu bapa/penjaga untuk menanganinya. Kes-kes adalah seperti :
i.                 Ponteng sekolah
ii.                Datang lewat
iii.               Ponteng kelas tambahan dan aktiviti kokurikulum
iv.              Berpakaian selekeh
v.                Penunggang dan pembonceng motosikal tidak bertopi keledar
vi.              Tidak menyiapkan/membuat kerja sekolah
vii.             Rambut berfesyen ’punk’ dan berwarna
viii.            Melawan guru/ingkar arahan
ix.              Merokok/Mengambil dadah

7. Program Kokurikulum :

Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum adalah diwajibkan. Bagi pelajar tingkatan 5 sebanyak 10% markah ke IPT diambil kira. Selain menyertai acara yang dianjurkan oleh PPD/JPN, pihak sekolah mengadakan/merancang program berikut :
i.                 Hari kokurikulum setiap Rabu
ii.                Perjumpaan Unit Uniform setiap Sabtu
iii.               Minggu Bahasa, Minggu Sains dan Minggu Antidadah
iv.              Sambutan Bulan Kemerdekaan
v.                Sukan Tahunan dan Merentas Desa
vi.              Perkhemahan Tahunan
vii.             Sukan Bakat

Pencapaian Kokurikulum sepanjang 2012 :

i.            Bola Tampar B 18 (P)  -  Johan  PPD TM
ii.            Bola Jaring    B 15 (P)  -  Ketiga PPD TM
iii.           Kejohanan Balapan/Padang  PPD TM  -   2 Emas, 1 Perak, 3 Gangsa

1.            Harapan 

Pihak sekolah mempunyai visi untuk menjadikan SMK B Bunga sebagai Sekolah Cemerlang menjelang 2015. Ini merupakan halatuju dan wawasan sekolah. Pihak sekolah yakin visi ini dapat dicapai jika semua pihak iaitu guru, PIBG, ibu bapa/penjaga, pelajar dan semua warga SMK B Bunga memberi kerjasama dan komitmen terhadap cita-cita murni ini

No comments:

Post a Comment